Images
  • jokowi maruf
    Joko Widodo (kiri) pilih ketua Majlis Ulama Indonesia, Ma'ruf Amin, sebagai calon naib presiden pada pemilihan 2019. (Gambar: merdekadotcom/ Instagram)

Jokowi pilih tokoh agama calon naib presiden

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo memilih ketua Majlis Ulama Indonesia, Ma'ruf Amin, sebagai calon naib presiden pada pemilihan 2019.

Dalam satu sidang akhbar hari ini (9 Ogos), beliau berkata Encik Amin, 75 tahun ialah 'tokoh agama bijak', apabila menggambarkan pilihannya.

Tambahnya, semua sembilan parti dalam gabungan bersetuju dengan pilihan beliau.

Presiden Widodo dan Encik Amin akan mendaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya esok (10 Ogos).

Mereka kemungkinan besar akan dicabar oleh mantan jeneral Prabowo Subianto.

Indonesia, negara demokrasi ketiga terbesar di dunia dan negara majoriti Muslim terbesar, akan mengadakan pilihan raya itu pada April tahun depan.

- Reuters/SU/aq

Top