Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jokowi gesa Indonesia terus bersatu dalam ucapan khas kepada seluruh negara

DAlam ucapan khas yang terakhir sebelum pilihan raya tahun depan, Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa rakyat negara itu supaya kekal bersatu kerana dengan perpaduan nasional, Indonesia akan dihormati negara-negara lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Aug 2018 07:47PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 08:46PM

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa rakyat negara itu supaya kekal bersatu kerana dengan perpaduan nasional, Indonesia akan dihormati negara-negara lain.

Demikian kata Presiden Jokowi semasa menyampaikan ucapan negara pada Khamis (18 Ogos). Ia merupakan ucapan negara yang terakhir buatnya sebelum beliau bertanding dalam pilihan raya presiden pada April tahun depan.

Menyentuh tentang ekonomi, Encik Jokowi menggesa rakyat supaya jangan terperangkap dalam "belenggu gaji pertengahan" dan sebaliknya terus berusaha gigih untuk mencapai kemajuan, setanding dengan negara-negara maju.

Ekonomi Indonesia katanya terus berkembang lima peratus setiap tahun dan pemerintah dapat mengekalkan kuasa pembelian rakyatnya .

Beliau menyifatkannya sebagai satu pencapaian di tengah-tengah ekonomi dunia yang tidak menentu.

Dalam ucapannya tersebut, Presiden Jokowi juga memuji pasukan polis dan agensi anti pengganasan kerana berjaya mencegah dan memerangi pengganasan di negara itu.

Beliau juga menarik perhatian usaha yang dilakukan Suruhanjaya Membasi Rasuah dalam menangani gejala rasuah.

"Upaya untuk membebaskan Indonesia dari cerutan korupsi yang mengkhianati kepercayaan rakyat, yang porak perandakan anggaran negara dan merosak sendi-sendi ekonomi bangsa, harus terus dilakukan," kata Presiden Jokowi.

"Korupsi adalah kejahatan luar biasa yang harus dilawan dengan cara-cara yang luar biasa."

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan