Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor siap siaga hadapi monsun timur laut

Kerajaan Johor sudah bersiap siaga untuk menghadapi fenomena Monsun Timur Laut yang dijangka menyebabkan lebih banyak hari hujan sehingga mencetuskan banjir.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor siap siaga hadapi monsun timur laut

Gambar fail.

Diterbitkan : 10 Nov 2018 05:06PM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 05:08PM

KLUANG: Kerajaan Johor sudah bersiap siaga untuk menghadapi fenomena Monsun Timur Laut yang dijangka menyebabkan lebih banyak hari hujan sehingga mencetuskan banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal, berkata fenomena itu dijangka bermula pada hujung bulan ini sehingga Mac tahun depan.

"Johor sudah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan sebarang kemungkinan dalam tempoh berkenaan (monsun) dengan pelbagai usaha dilakukan melibatkan beberapa agensi.

"Melalui portfolio saya, Jabatan Pengairan dan Saliran mengambil tindakan awal dengan menyelenggara dan membersihkan sistem perparitan di kawasan berisiko banjir," katanya.

Menurut Dr Sahruddin, persiapan akan dimulakan dengan pemantauan hujan dan kenaikan paras air sungai serta laut sehingga kepada persediaan dalam menangani waktu kecemasan, pemindahan penduduk, aspek kesihatan serta bekalan barangan keperluan.

Beliau berkata persiapan awal turut dilakukan di peringkat daerah dengan masing-masing akan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Banjir di semua jabatan dengan memberi tugasan mengikut peranan tertentu.

"Melalui mesyuarat tersebut, pelbagai persiapan dilakukan termasuk mengemas kini senarai keanggotaan jawatankuasa yang terlibat termasuk pengerusi zon banjir mengikut setiap mukim.

"Dari segi kesihatan, saya meminta Jabatan Kesihatan Negeri Johor bersiap sedia dari aspek pencegahan penyakit berjangkit kerana kebiasaannya, selepas musim banjir pelbagai penyakit akan muncul seperti malaria, demam campak dan sebagainya," kata beliau. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan