Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor nafi tsunami bakal melanda bulan ini

Kerajaan negeri menafikan khabar angin kononnya akan berlaku ancaman tsunami di Johor pada bulan ini sepertimana dakwaan yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor nafi tsunami bakal melanda bulan ini

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 18 Nov 2018 09:18PM Dikemas Kini : 18 Nov 2018 09:19PM

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menafikan khabar angin kononnya akan berlaku ancaman tsunami di Johor pada bulan ini sepertimana dakwaan yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.

“Sampai sekarang, saya belum dimaklumkan lagi dan saya tak rasa akan ada tsunami memandangkan Johor (kedudukannya) dilindungi Pulau Jawa dan Pulau Kalimantan. Tetapi apa pun, saya akan periksa dengan Jabatan Meteorologi dan setakat ini, memang tidak ada apa-apa,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Sahruddin menasihati orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan khabar angin yang belum disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Sebetulnya, apa-apa pun isu kita jangan terus menularkannya, selidik dahulu isu itu sama ada betul atau tidak dengan bertanyakan kepada pihak-pihak yang berkaitan, seperti saya, atau Jabatan Meteorologi,” katanya.

Beberapa hari lalu, satu khabar angin tular di wadah WhatsApp dan Facebook mengenai ancaman tsunami yang bakal melanda Johor dan Singapura.

Khabar angin itu turut mengandungi butiran lengkap mengenai kelajuan dan ketinggian tsunami yang bakal melanda.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan