Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jho Low mungkin menuju ke Hindia Barat

Usaha menjejaki ahli perniagaan Malaysia Jho Low diteruskan selepas satu sumber mendedahkan pada Rabu (11 Jul) bahawa beliau sudah melarikan diri dari Macau ke destinasi yang tidak diketahui.

Anggaran Waktu Membaca:
Jho Low mungkin menuju ke Hindia Barat

Ahli perniagaan Malaysia, Jho Low. (Gambar: Jho Low/ Facebook)

Diterbitkan : 12 Jul 2018 04:41PM Dikemas Kini : 12 Jul 2018 04:46PM

SINGAPURA: Usaha menjejaki ahli perniagaan Malaysia Jho Low diteruskan selepas satu sumber mendedahkan pada Rabu (11 Jul) bahawa beliau sudah melarikan diri dari Macau ke destinasi yang tidak diketahui.

Namun menurut laporan the Star yang menukil sumber yang tidak didedahkan namanya, Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho, mungkin menuju ke Hindia Barat.

Ini kerana beliau mempunyai dua pasport - satu dari Malaysia dan satu lagi dari Saint Kittts dan Nevis, sebuah negara terletak di Carribean - lapor the Star.

Pasport Low dibatalkan oleh pihak imigresen Malaysia pada 15 Jun.

Ahli niaga itu dikehendaki sejak 2016 sebagai sebahagian penyiasatan berhubung dana pelaburan negara Malaysia 1MDB, yang diasaskan oleh mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak pada 2009.

Najib didakwa di mahkamah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

"Low ialah warga negara Saint Kitts dan Nevis dan mempunyai hartanah di pulau Saint Kitts," menurut laporan the Star yang menukil sumber.

"Pihak berkuasa percaya beliau berkemungkinan besar ke sana untuk bersembunyi, kerana beliau tiada tempat lain untuk lari.

"Dari sana beliau boleh ke banyak negara kepulauan berdekatan di mana penguatkuasaan undang-undang dikatakan longgar."

Warga negaranya juga boleh memasuki lebih 140 negara termasuk Kanada, Britain dan Eropah tanpa visa, menurut laporan itu lagi.

Malaysia juga tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan banyak negara kepulauan di Carribean.

Sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Singapura, Malaysia dan Amerika Syarikat sedang melakukan siasatan berhubung skandal AS$4.5 bilion (S$6.12 bilion) yang dicuri dari 1MDB, menurut tuntutan saman yang difailkan Amerika Syarikat.

Singapura dan Malaysia sudah membuat permohonan Notis Merah dari INTERPOL meminta bantuan mengesan Low.

Singapura sebelum ini menghantar pemohonan ke Hong Kong bagi penangkapan Low pada 2016 namun ditolak.


LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan