Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jho Low larikan diri dari Macau, menurut ketua polis M'sia

Ahli perniagaan Low Taek Jho yang kini diburu pihak berkuasa Malaysia sudah meninggalkan Macau ke lokasi yang tidak diketahui.

Anggaran Waktu Membaca:
Jho Low larikan diri dari Macau, menurut ketua polis M'sia

Gambar fail Jho Low. (Gambar: Dimitrios Kambouris/AFP)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 11:09AM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 11:12AM

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Low Taek Jho yang kini diburu pihak berkuasa Malaysia sudah meninggalkan Macau ke lokasi yang tidak diketahui.

Ini disahkan Ketua Polis Malaysia Mohamad Fuzi Harun dalam sidang media di Bukit Aman hari ini (11 Jul) seperti dilaporkan Malaysiakini.

Beliau berkata, pihaknya menerima emel daripada polis Macau dua hari lalu yang memaklumkan tentang perkara itu.

"Kita terima emel daripada (polis) Macau dua hari lalu, kata Jho Low sudah tinggalkan Macau," katanya seperti ditukil Malaysiakini.

Malaysiakini melaporkan Fuzi sebagai berkata polis Macau tidak menyatakan bila Jho Low meninggalkan wilayah itu.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan