Images
  • rohingya (1)
    Gambar: DIBYANGSHU SARKAR/AFP

Jepun umum geran bantuan darurat $3 juta bagi pelarian Rohingya

NAYPYITAW: Menteri Ehwal Luar Jepun Taro Kono melahirkan keprihatinan serius terhadap nasib kaum Muslim Rohingya kepada pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi.

Encik Kono bertemu Cik Suu Kyi siang tadi (12 Jan) di ibu kota Myanmar, Naypyitaw.

Pertemuan ini diadakan selang dua hari selepas tentera Myanmar mengaku buat pertama kalinya tentang perbuatan askar-askarnya membunuh 10 orang kaum Rohingya di sebuah kampung di Rakhine.

Secara berasingan, Jepun mengumumkan geran bantuan darurat hampir $3 juta kepada Myanmar bagi membantu para pelarian Rohingya di Bangladesh, kembali ke Myanmar .

Encik Kono sedang dalam rangka lawatan tiga hari ke Myanmar dan dijadual melawat wilayah Rakhine esok (13 Jan). 

- CNA/NU/aq

Komen Anda?

Top