Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun luluskan jumlah rekod bagi pertahanan - S$330 bilion!

Dalam satu keputusan bersejarah, kabinet Jepun meluluskan jumlah rekod perbelanjaan pertahanan, iaitu buat pertama kalinya sejak Perang Dunia Kedua - dengan peruntukan lebih AS$240 bilion (S$330 bilion).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Dec 2018 11:46PM Dikemas Kini : 18 Dec 2018 11:54PM

TOKYO: Dalam satu keputusan bersejarah, kabinet Jepun meluluskan jumlah rekod perbelanjaan pertahanan, iaitu buat pertama kalinya sejak Perang Dunia kedua

Dengan peruntukan lebih AS$240 bilion (S$330 bilion), Jepun merancang untuk memperolehi peralatan tentera lebih canggih bagi mengukuhkan pertahanannya di rantau Pasifik Barat.

Rancangan lima tahun itu juga meliputi peningkatan kapal-kapal induknya yang boleh membawa jet-jet pejuang.
Langkah itu dilihat sebagai usaha Jepun untuk memerangi kuasa ketenteraan China yang kian meningkat.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Shinzo Abe menegaskan rancangan pembangunan pertahanan itu perlu di tengah-tengah ancaman yang dihadapi di rantau tersebut serta ketegangan dengan Korea Utara.

Golongan pengkritik membidas keputusan Jepun itu sebagai perubahan dasar yang menyimpang daripada komitmen negara itu untuk membataskan keupayaan pertahanannya di bawah perlembagaan selepas perang. 

Sumber : Reuters/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan