Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun dan M'sia mengalu-alukan sidang puncak Trump-Kim

Dalam sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad di Tokyo, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berharap pertemuan itu akan berjaya membawa kepada penyelesaian isu berkaitan senjata nuklear dan peluru berpandu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jun 2018 11:18PM Dikemas Kini : 12 Jun 2018 11:21PM

TOKYO: Jepun dan Malaysia bersetuju sidang puncak Trump-Kim itu adalah satu langkah ke hadapan yang betul untuk masa depan yang cerah.

Dalam sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad di Tokyo, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berharap pertemuan itu akan berjaya membawa kepada penyelesaian isu berkaitan senjata nuklear dan peluru berpandu.

Menurutnya apabila Korea Utara, yang kaya dengan sumber dan mempunyai tenaga kerja yang tekun, melangkah ke arah yang betul, masa depan yang cerah akan terbentang di hadapan.

Dr Mahathir sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun, lawatan pertamanya ke luar Negara sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan