Images
  • latihan tentera AS, Korea Selatan
    Tentera Korea Utara dan Amerika Syarikat menyertai latihan bersama di Pohang, (Gambar: JUNG YEON-JE/AFP)

Jepun bimbang AS batalkan latihan tentera bersama Korea Selatan

TOKYO: Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera menyuarakan kebimbangan tentang keputusan Amerika Syarikat untuk membatalkan latihan tentera bersama Korea Selatan.

Encik Onodera menegaskan bahawa kehadiran tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan serta latihan tentera bersama adalah "penting bagi keselamatan Asia Timur."

"Latihan bersama dan askar Amerika yang berpangkalan di Korea Selatan memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan Asia Timur," tegas beliau apabila ditanya tentang pengumuman Presiden Trump itu.

Jepun, katanya akan mendapatkan penjelasan daripada Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Beliau menambah bahawa Jepun akan terus menyertai latihan tentera bersama dengan Amerika Syarikat dalam usaha meningkatkan pertahanan terhadap kemungkinan serangan peluru berpandu balistik daripada Korea Utara.

"Tiada perubahan pada dasar kami untuk menambahkan tekanan" ke atas Korea Utara, kata beliau sambil menambah bahawa Jepun mahukan tindakan lebih kukuh dari Korea Utara berhubung isu nuklear dan rakyat Jepun yang diculik oleh Pyongyong sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.

- REUTERS/MM/sm

Komen Anda?

Top