Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jejambat sepanjang 200 meter runtuh di Itali, puluhan terkorban

Sebatang jambatan lebuh raya runtuh di utara Genoa, Itali pada Selasa (14 Ogos) dalam satu kejadian yang disifatkan sebagai "tragedi" oleh menteri pengangkutannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2018 11:27PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 11:31PM

ROME: Sebatang jambatan lebuh raya runtuh di utara Genoa, Itali pada Selasa (14 Ogos) dalam satu kejadian yang disifatkan sebagai "tragedi" oleh menteri pengangkutannya.

Khidmat bomba Itali melaporkan jambatan tersebut runtuh pada sekitar tengahari akibat hujan lebat.

Semasa kejadian 10 kereta dikatakan berada di jambatan itu.

Sekurang-kurangnya 22 orang mati dalam kejadian runtuh itu, menurut timbalan menteri pengangkutan Itali.

"Malangnya saya dapat mengesahkan 22 orang meninggal dunia dan angka ini berkemungkinan akan bertambah," kata Edoardo Rixi kepada saluran TV Sky TG24.

Media tempatan melaporkan bahagian sepanjang 200 meter daripada jambatan "Morandi" itu runtuh.

Bahagian tersebut runtuh ke dalam sungai, ke atas landasan kereta api dan beberapa bangunan, menyebabkan khidmat kereta api di kawasan Genoa dihentikan, selain memerangkap beberapa kenderaan dan mengakibatkan kerosakan di beberapa bangunan berdekatan.

Lebuh raya berkenaan merupakan jalan raya utama yang menghubungkan Riveria, Itali dan selatan Perancis.

Jambatan tersebut dibina dalam tahun-tahun 1960an dan menjalani kerja peningkatan pada 2016.

Insiden pada Selasa ini merupakan yang terbaru daripada siri runtuhan jambatan di Itali, yang memang banyak mengalami kerosakan prasarana akibat gempa bumi, di samping terjejas dengan ekonomi yang lemah.

Sumber : Agensi berita/MU/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan