Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jejambat roboh di India: Angka korban meningkat kepada 19 orang

Angka korban akibat jejambat roboh di utara negara India, meningkat kepada 19 orang. 30 yang lain cedera, kebanyakannya parah.

Anggaran Waktu Membaca:
Jejambat roboh di India: Angka korban meningkat kepada 19 orang

Sebahagian jejambat Varanasi, yang masih dibina, roboh dan memusnahkan banyak bas dan kereta. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 May 2018 05:19PM Dikemas Kini : 16 May 2018 05:27PM

VARANASI: Angka korban akibat jejambat roboh di utara negara India, meningkat kepada 19 orang. 30 yang lain cedera, kebanyakannya parah.

Kejadian di bandar Varanasi, di Uttar Pradesh itu berlaku apabila dua palang besar lebuh raya yang sedang dibina itu roboh, menimpa kenderaan-kenderaan dan para penumpang yang berlalu di situ.

Banyak kenderaan dan penumpang dikatakan tersepit di bawah timbunan
runtuhan.

Pasukan penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian terpaksa menggunakan alat pemotong berkuasa gas untuk mengeluarkan mayat-mayat yang terperangkap. 

Sumber : AFP/MM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan