Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jatuh dari pokok petai, mayat ditemui sudah berulat

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring dan berulat di bawah sebatang pokok petai di Kampung Paya Lubuh, Tanjung Kling hari ini (16 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Jatuh dari pokok petai, mayat ditemui sudah berulat

(Gambar: Sinar Harian)

Diterbitkan : 16 Feb 2018 07:18PM Dikemas Kini : 17 Feb 2018 02:15AM

MELAKA: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring dan berulat di bawah sebatang pokok petai di Kampung Paya Lubuh, Tanjung Kling hari ini (16 Feb).

Menurut laporan Astro Awani, mangsa, Asman Ayub, 46, dipercayai terjatuh ketika memetik petai sejak tiga hari lalu sebelum ditemui seorang penduduk kampung yang membersihkan kebun terletak bersebelahan kawasan berkenaan pada jam kira-kira 9.45 pagi tadi.

Seorang penduduk, Ramlah Osman, 63 tahun, berkata, kali terakhir beliau berjumpa mangsa ialah pada Ahad lalu. Beliau tidak menyangka jirannya itu ditimpa kemalangan kerana tidak menghidu bau busuk walaupun mayat ditemui hanya jarak kira-kira 20 meter dari rumahnya.

“Mangsa masih bujang dan belum berkahwin dan hanya mengharapkan pendapatan daripada hasil kerja kampung," kata Cik Ramlah seperti ditukil Astro Awani.

"Ahad lalu saya ada berjumpa dengan dia (mangsa) dan memberikan dua bungkus nasi lemak kepadanya.

"Saya terkejut bila dapat tahu orang kampung jumpa mayat dia dan masih terkenangkan kerajinan dia bantu saya membersihkan kawasan belakang rumah," tambah beliau ketika ditemui di Kampung Paya Lubuh.

Menurut Astro Awani lagi, Ketua Polis Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Afzanizar Ahmad sudah mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati mayat mangsa mengalamai patah tulang bahu dan dipercayai terjatuh dari tempat tinggi," kata ACP Afzanizar.

Polis mengklasfikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan