Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jarum ditemui dalam strawberi di Australia

Pihak berkuasa Australia, memberi amaran kepada penggemar buah strawberi agar memotong buah itu terlebih dulu sebelum makan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jarum ditemui dalam strawberi di Australia

Gambar fail buah strawberi. (Gambar: Pixabay)

Diterbitkan : 14 Sep 2018 11:22PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 11:26PM

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia memberi amaran kepada penggemar buah strawberi agar memotong buah itu terlebih dulu sebelum makan.

Amaran itu dikeluarkan selepas jarum jahitan ditemui di dalam beberapa bekas strawberi sehingga menyebabkan tiga jenama pengeluaran buah terbabit di negara itu terpaksa ditarik balik.

Awal minggu ini, pihak berkuasa meminta orang ramai membuang buah strawberi yang dibeli dari pasar raya Woolworths Group jika mendapati ia dari jenama Berry Licious atau Berry Obsession selepas tiga bungkusan yang ditemui ditanam dengan jarum.

Nasihat itu dikeluarkan lewat petang Khamis (13 Sep) selepas polis Australia menyatakan mereka menerima empat aduan mengenai jarum yang ditemui dalam bekas strawberi dari jenama Donnybrook.

Kesemua tiga jenama itu ditarik balik daripada jualan.

“Sehingga dinasihatkan, pengguna perlu memotong strawberi sebelum memakannya,” kata kerajaan negeri Queensland dalam satu kenyataan.

Amaran kesihatan itu menjejas perusahaan strawberi Australia yang bernilai lebih A$130 juta (S$128 juta) setiap tahun.

Sumber : Reuters/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan