Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jangkitan HIV melalui transmisi seksual meningkat di M'sia

Jangkitan HIV melalui transmisi seksual menunjukkan peningkatan yang tinggi dan menjadi punca utama jangkitan penyakit berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangkitan HIV melalui transmisi seksual meningkat di M'sia

Ujian darah bagi HIV. (Gambar: Athit Perawongmetha/Reuters)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 09:16AM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 09:19AM

KUALA LUMPUR: Jangkitan HIV melalui transmisi seksual menunjukkan peningkatan yang tinggi dan menjadi punca utama jangkitan penyakit berkenaan.

Menteri Kesihatan Malaysia Dr Dzulkefly Ahmad berkata jangkitan melalui transmisi seksual meningkat kepada 91 peratus sehingga 2017, berbanding hanya 33 peratus pada 2002. Ini meskipun kes keseluruhan merosot kepada 60 peratus pada tahun sama berbanding 2007.

Dr Dzulkefly berkata sebagai langkah pencegahan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan meningkatkan kadar capaian rawatan antiretroviral dengan lebih meluas supaya sekurang-sekurangnya 95 peratus daripada penghidap dapat dirawat.

“Pada penghujung 2017, hanya 54 peratus daripada mereka menerima rawatan yang sama,” katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat semalam (4 Dis).

Beliau menjelaskan bahawa rawatan antiretroviral pada amnya mampu mencegah jangkitan HIV melalui transmisi seksual sebanyak 97 peratus.

Selain itu, Dr Dzulkefly berkata kementerian itu juga akan terus menekankan kepentingan seks selamat bagi populasi berisiko tinggi supaya jangkitan melalui transmisi seksual itu dapat dibendung.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan