Jangan bimbang fenomena kerang di Pulau Ketam
Orang ramai terutama golongan nelayan yang menetap di perkampungan Pulau Ketam di Selangor dinasihatkan agar tidak panik dengan gambar ataupun maklumat yang diviralkan mengenai kemunculan beribu-ribu kerang di pulau itu yang dikaitkan sebagai petanda awal bencana alam.
PULAU KETAM: Orang ramai terutama golongan nelayan yang menetap di perkampungan Pulau Ketam di Selangor dinasihatkan agar tidak panik dengan gambar ataupun maklumat yang diviralkan mengenai kemunculan beribu-ribu kerang di pulau itu yang dikaitkan sebagai petanda awal bencana alam.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani menjelaskan fenomena seumpama itu akan berlaku setiap kali air pasang mula menjadi surut di kawasan berpasir seperti pulau nelayan itu.
"Fenomena kerang timbul di Pulau Ketam yang merupakan kawasan penternakan kerang merupakan perkara biasa setiap kali menjelang kejadian air pasang besar.
"Kerang itu kelihatan seolah-olah muncul di permukaan kawasan berpasir Pulau Ketam sebab air pasang mula surut lebih rendah dari keadaan biasa yang boleh mencecah sehingga paras 0.6 meter pada satu-satu masa," katanya ketika dihubungi Bernama.
Encik Samsol Maarif mengulas mengenai gambar dan maklumat yang menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seolah-olah kemunculan beribu-ribu kerang spesies lokan dan lala di pulau itu yang dikaitkan dengan petanda awal bencana alam.
Sebelum ini, sebuah portal, MalaysiaGazette yang memetik laporan media sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan fenomena kerang keluar daripada tanah dengan banyaknya sehingga kawasan berpasir Pulau Ketam dipenuhi haiwan laut itu berlaku Ahad lepas (7 Okt).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.