Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu jerebu: Masyarakat Indonesia kian takut bakar hutan setelah kuat kuasa diperketat

Masyarakat dan perusahaan-perusahaan semakin takut untuk membakar hutan dan tanah gambut.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu jerebu: Masyarakat Indonesia kian takut bakar hutan setelah kuat kuasa diperketat

Seorang tentera sedang memadamkan kebakaran tanah gambut di Riau, 2016 (Gambar: Antara Foto/Rony Muharrman/ via REUTERS)

Diterbitkan : 20 Jan 2018 11:08PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 11:10PM

JAKARTA: Ketua Pusat Data, Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia Sutopo Purwo Nugroho mengatakan masyarakat dan perusahaan-perusahaan semakin takut untuk membakar hutan dan tanah gambut.

"Mereka takut kerana apabila membakar (mereka) akan terus ditangkap polis. Penguatkuasaan undang-undang yang dilakukan sebelumnya ada membuahkan hasil," kata Encik Sutopo ketika dihubungi di Jakarta hari ini (20 Jan).

Encik Sutopo menyatakan pujiannya kepada Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia yang bersikap tegas terhadap mereka yang membakar hutan dan tanah gambut sehingga mereka berfikir berkali-kali sebelum melakukan pembakaran.

"Semua penyebab kebakaran hutan dan tanah gambut adalah faktor manusia, iaitu dibakar. Tidak ada faktor alam yang boleh menyebabkan hutan," ujar beliau.

Encik Sutopo mengatakan kebakaran hutan dan tanah gambut berlaku pada musim kemarau. 

Pada musim kemarau, tidak ada fenomena kilat yang boleh mencetuskan kebakaran di hutan.

"Begitu juga dengan gesekan kayu yang boleh mencetuskan kebakaran. Sangat sedikit. Kebakaran hutan dan tanah gambut berlaku memang kerana dibakar untuk membuka kebun," katanya.

Berdepan kemungkinan berlaku kebakaran hutan dan tanah gambut pada tahun 2018, Encik Sutopo yakin bahawa BNPB bersama para pemangku kepentingan lain dapat menangani keadaan itu dengan baik.

Pengalaman menangani kebakaran hutan dan tanah gambut pada 2015, 2016 dan 2017 menunjukkan jangkaan kebakaran dilakukan dengan baik.

Sekalipun berlaku kebakaran hutan dan tanah gambut, ia dapat dikawal dan tidak meluas.

Kebakaran tidak menyebabkan asap dan kegiatan di lapangan terbang serta penerbangan tetap berjalan seperti biasa. 

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan