Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Istana Johor tekankan slogan 'Muafakat Itu Berkat' tak boleh diubah

Istana Johor menegaskan pentingnya slogan "Muafakat itu Berkat" yang termaktub di bawah Fasal 61 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

Anggaran Waktu Membaca:
Istana Johor tekankan slogan 'Muafakat Itu Berkat' tak boleh diubah

Catatan di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Diterbitkan : 16 May 2018 09:21AM Dikemas Kini : 16 May 2018 09:25AM

JOHOR BAHRU: Istana Johor menegaskan pentingnya slogan "Muafakat itu Berkat" yang termaktub di bawah Fasal 61 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

Kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini menggabungkan slogan berkenaan dalam slogan mereka sebagai "Muafakat Johor".

Bagaimanapun, Menteri Besar Johor yang baru dilantik Datuk Osman Sapian pada Sabtu lalu (12 Mei) menyatakan rancangan untuk menukar slogan BN itu kepada "Harapan Johor”.

Semalam (15 Mei), Yang Dipertuan Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli dalam kenyataan media menyatakan slogan "Muafakat Itu Berkat" akan dikekalkan, lapor Malaysiakini.

Kenyataan itu tidak menyebutkan secara langsung kenyataan Datuk Osman Sabtu lalu.

"Seru “Muafakat Itu Berkat” diperkasa dan diabadikan di bawah Fasal 61 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor yang memperuntukan seru tersebut hendaklah selama-lamanya dipakai dan diperkekalkan dengan tiada ubah atau dipinda," kata beliau.

Kenyataan itu diterbitkan di Facebook Johor Southern Tigers dan dikongsi oleh Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Datuk Rahim turut menyentuh peranan Sultan Abu Bakar, bapa pemodenan Johor yang memperkenalkan pembaharuan meluas di negeri itu, lapor Malaysiakini.

"Sistem pentadbiran moden ini, serta perpaduan rakyat yang kukuh amat disegani oleh British yang tidak dapat mencari helah untuk meletakkan Johor di bawah naungannya.

"Sultan Abu Bakar mencetuskan slogan “Muafakat Itu Berkat” sebagai dasar untuk mengukuhkan perpaduan dan kerjasama erat rakyat.

"Slogan ini dimartabatkan sebagai seru bagi Darjah Kerabat Johor Yang amat Dihormati yang Baginda ilhamkan pada tahun 1885," kata beliau.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan