Iran bakal buka pejabat di Arab Saudi, lindungi jemaah Haji
Iran merancang untuk membuka sebuah pejabat di Arab Saudi untuk melindungi jemaah Haji negara tersebut sedang beribu-ribu warga Iran berkunjung ke Makkah dan Madinah setiap tahun untuk menunaikan ibadah Haji, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).
TEHRAN: Iran merancang untuk membuka sebuah pejabat di Arab Saudi untuk melindungi jemaah Haji negara tersebut sedang beribu-ribu warga Iran berkunjung ke Makkah dan Madinah setiap tahun untuk menunaikan ibadah Haji, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).
Sejak 2016, kedua-dua negara itu menghentikan hubungan diplomatik menyusuli satu serangan ke atas Kedutaan Saudi di Tehran.
Tahun ini, 85,200 warga Iran akan menjalani ibadah Haji dan sekitar 3,000 kakitangan, termasuk pekerja pejabat, doktor, petugas perkhidmatan serta pekerja pengangkutan dan kediaman akan mengiringi mereka, kata Penolong Pengerusi Pertubuhan Haji Iran Hameed Mohammadi.
"Oleh kerana lebih 75 peratus jemaah Iran berusia 50 tahun ke atas dan mempunyai keperluan khusus, 300 doktor akan turut mengirini mereka," kata Encik Mohammadi.
Penerbangan Haji dari Iran ke Arab Saudi akan bermula 18 Julai ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.