Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ini dia pelukis kaligrafi rasmi kain kiswa Kaabah...

Mokhtar Alim Shaqdar adalah pelukis kaligrafi rasmi kain kiswa, iaitu kain hitam yang menutupi Kaabah. Encik Mokhtar menggantikan Encik Abdulraheem Bokhari, yang meninggal dunia pada tahun 1996 pada usia 90 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini dia pelukis kaligrafi rasmi kain kiswa Kaabah...

Mokhtar Alim Shaqdar, pelukis kaligrafi rasmi kain kiswa. (Gambar: Petikan skrin dari Youtube)

Diterbitkan : 11 Mar 2018 10:30AM Dikemas Kini : 11 Mar 2018 10:32AM

MAKKAH: Mokhtar Alim Shaqdar adalah pelukis kaligrafi rasmi kain kiswa, iaitu kain hitam yang menutupi Kaabah. Encik Mokhtar menggantikan Encik Abdulraheem Bokhari, yang meninggal dunia pada tahun 1996 pada usia 90 tahun.

Dalam petikan laporan Saudi Gazette, Encik Mokhtar menyertai Sekolah Kaligrafi Masjidil Haram pada tahun 1978 di mana beliau menuntut selama dua tahun. Pada masa itu, beliau berada di peringkat darjah empat di sekolah rendah.

Selepas menamatkan pengajiannya bagi ijazah sarjana muda dalam pendidikan seni, Encik Mokhtar bertugas sebagai guru kaligrafi selama 20 tahun di pelbagai tempat termasuk Universiti Umm Al-Qura.

Encik Mokhtar kemudian menggenggam ijazah Sarjana Kaligrafi dan mengajar mengaji di Masjidil Haram. Beliau turut dikenali sebagai Kaligrafi Arab yang disegani di Makkah.

(Gambar: Petikan skrin dari video Youtube)

"Salah seorang guru saya menyarankan agar saya ke Kilang Kiswa dan saya menyertainya pada tahun 2003. Saya memperkenalkan idea untuk menggunakan komputer bagi mencetak kaligrafi. Semua seni kaligrafi yang muncul di kiswa Kaabah sekarang adalah karya Allahyarham Bokhari. Saya hanya melakukan sedikit modifikasi dan menulis nama Raja Abdullah dan Raja Salman. Saya juga menambahkan beberapa seni kaligrafi pada beberapa bahagian kain," kata Encik Mokhtar kepada Saudi Gazette.

Sebilangan individu berpendapat ayat-ayat Quran di kain kiswa ditulis setiap tahun. Bagaimanapun, kilang berkenaan sudahpun mempersiapkan beberapa templat bagi kegunaan masa depan.

Juga terdapat beberapa fasa berbeza bagi menyediakan templat tersebut, dedah Saudi Gazette.

Pertama sekali, teks itu ditulis di atas sekeping kertas, kemudian ia diproses ke dalam sistem komputer oleh seorang pelukis grafik.

Teks yang diproses itu kemudian dicetak pada kertas lut sinar, yang digunakan sebagai templat. Templat itu kemudian dihantar ke bahagian penyulaman di mana penyulam akan menjahit kain kiswa dengan benang emas dan perak.

Ternyata, teknologi komputer sudah membantu kilang tersebut menyimpan data templat daripada terhakis.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan