Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Ini berlaku hanya di zaman Najib," kata Dr Mahathir mengenai insiden tampar

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (19 Mei) berkata insiden tampar yang berlaku dua hari lalu ketika program dialog Transformasi Nasional (TN50) yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang memalukan.

Anggaran Waktu Membaca:
"Ini berlaku hanya di zaman Najib," kata Dr Mahathir mengenai insiden tampar

Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: MANAN VATSYAYANA / AFP)

Diterbitkan : 19 May 2017 05:50PM Dikemas Kini : 19 May 2017 06:01PM

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (19 Mei) berkata insiden tampar yang berlaku dua hari lalu ketika program dialog Transformasi Nasional (TN50) yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang memalukan.

“Tak pernah berlaku kepada saya atau perdana menteri lain sebelum saya. Ini berlaku hanya di zaman Najib kerana semua orang benci pemerintahannya,” kata mantan perdana menteri itu, dalam petikan laporan Free Malaysia Today (FMT).

Dalam insiden di Seri Perdana, Putrajaya itu, sesi dialog TN50 yang dihadiri penggiat seni terganggu seketika apabila pengarah filem Datuk David Teo tampil mempersoalkan moderator Datuk Rosyam Nor kerana tidak memberi peluang kepada mereka yang berada di barisan belakang.

Keadaan menjadi kecoh apabila pelakon Sulaiman Yassin, atau Mat Over, tiba-tiba meluru ke pentas dan menampar Teo, sambil disaksikan Najib, seperti dipetik FMT.

Dr Mahathir turut menyuarakan rasa kesal kerana sebaik sahaja insiden itu berlaku, tidak ada usaha serta-merta meleraikan mereka.

“Saya tak tau siapa Mat Over ini. Sepatutnya selepas dia lempang sekali, dipisahkan mereka.

“Ini memalukan di seluruh dunia. Perkara ini berlaku di depan perdana menteri,” katanya, seperti ditukil FMT.

Sebelum ini, peguam PKR N Surendran turut mempersoalkan Najib kerana tidak menegur secara terbuka Mat Over yang melakukan jenayah yang boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

“Amat mengejutkan dan tidak boleh diterima yang perdana menteri Malaysia, selepas menjadi saksi dari jarak dekat jenayah berbentuk kekerasan ini, langsung tidak mengutuk atau menegur,” kata Surendran, menurut laporan FMT.

Walaupun kedua-dua mereka kembali ke pentas di akhir sesi TN50 dan bermaafan, Mat Over berkata beliau tidak menyesali perbuatannya, malah berkata ia "perlu supaya mengajar" Teo yang menurutnya biadap terhadap PM Najib.

Semalam, beberapa kumpulan pro-Umno menuntut Teo memohon maaf kerana berlaku biadap terhadap Najib.

Dalam respons kepada FMT, Teo melahirkan rasa terkilan.

“Dunia yang pelik. Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai?” soalnya.

Semalam, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) juga memohon maaf bagi pihak ahlinya kepada Teo.

Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata kejadian itu amat memalukan dan mencalar imej penggiat seni apabila ia berlaku di depan pemimpin sehingga menular dan ditafsirkan dengan pelbagai komen.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan