Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia senaraikan nama-nama pendakwah Islam yang dianggap berfahaman sederhana

Kementerian Agama mengeluarkan senarai 200 pendakwah Islam yang menjauhkan diri daripada menyebarkan ajaran radikal dan tidak toleran. 

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia senaraikan nama-nama pendakwah Islam yang dianggap berfahaman sederhana

Masyarakat Islam di Acheh. (Gambar: CHAIDEER MAHYUDDIN / AFP)

Diterbitkan : 21 May 2018 01:41PM Dikemas Kini : 21 May 2018 01:46PM

JAKARTA: Kementerian Agama mengeluarkan senarai 200 pendakwah Islam yang menjauhkan diri daripada menyebarkan ajaran radikal dan tidak toleran.

Langkah itu diambil di tengah-tengah keprihatinan tentang radikalisme yang disebarkan melalui ceramah-ceramah yang disampaikan, menurut The Jakarta Post.

Menurut Menteri Ehwal Agama Lukman Hakim Saefuddin, senarai berkenaan dihasilkan bagi memenuhi permintaan orang ramai bagi pendakwah-pendakwah berfahaman sederhana.

Dalam petikan laporan The Jakarta Post, kementerian itu menetapkan tiga ciri pendakwah moderat: keupayaan memahami ajaran Islam, pengalaman dalam berdakwah dan tahap komitmen tinggi bagi memelihara nilai-nilai perpaduan negara itu.

Senarai berkenaan, yang boleh didapati di laman Kementerian Agama, mengecualikan penceramah terkenal seperti Felix Siauw dan Sholeh Mahmoed Nasution, yang lebih dikenali sebagai Solmed.

Kedua-dua pendakwah itu dikenali kerana komen-komen mereka yang mencetuskan kontroversi, lapor The Jakarta Post.

Encik Lukman bagaimanapun berkata, pendakwah yang tidak dimasukkan ke dalam senarai itu tidak semestinya pendakwah yang tidak berfikiran sederhana.

"Senarai itu disediakan berdasarkan maklum balas sebilangan tokoh Islam," katanya, seperti ditukil oleh kompas.com pada Jumaat. 

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan