Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia henti cari mangsa nahas Lion Air

Pihak berkuasa Indonesia hari ini (10 Nov) menghentikan operasi mencari mangsa nahas pesawat Lion Air, hampir dua minggu selepas pesawat itu terhempas di Laut Jawa mengorbankan semua 189 penumpang dan anak kapal.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia henti cari mangsa nahas Lion Air

Pihak berkuasa Indonesia sudah menghentikan operasi mencari mangsa nahas pesawat Lion Air. (Gambar: Adek Berry/AFP)

Diterbitkan : 10 Nov 2018 10:48PM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 10:55PM

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia hari ini (10 Nov) menghentikan operasi mencari mangsa nahas pesawat Lion Air, hampir dua minggu selepas pesawat itu terhempas di Laut Jawa mengorbankan semua 189 penumpang dan anak kapal.

Sekitar 196 beg mayat mengandungi bahagian tubuh mangsa diperolehi dengan 79 mangsa dapat dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk disemadikan.

“Sejak petang semalam hingga hari ini (10 Nov), kita tidak lagi menemui mayat mangsa. Jadi, saya isytiharkan operasi mencari dan menyelamat sudah tamat," kata ketua agensi mencari dan menyelamat nasional (Basarnas), Muhammad Syaugi.

Para pekerja menyelamat juga menemui beberapa bahagian enjin pesawat, roda dan tempat duduk dari dasar laut. Seorang penyelam meninggal dunia semasa menjalankan tugas pencarian tersebut.

Syarikat Lion Air sudah mula membayar wang pampasan AS$102,058 (S$140,758) bagi penumpang kepada keluarga mereka.

Ketua Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT), Soearjanto Tjahjono, berkata pihaknya sudah memuat turun data daripada salah satu kotak hitam yang ditemui, minggu lalu iaitu perakam data penerbangan, namun masih mencari perakam suara kokpit.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas apa yang didedahkan daripada data perakam data penerbangan.

Pesawat penumpang Boeing 737 MAX baru itu terhempas di laut pada 29 Oktober lalu, beberapa minit sebaik berlepas dari Jakarta dalam perjalanan ke pulau Bangka di Sumatera.

Sumber : Agensi berita/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan