Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia berjaya tarik keluar bahagian terbesar dan terakhir pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa

Indonesia berjaya menarik keluar bahagian terbesar dan terakhir pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa Disember lalu

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia berjaya tarik keluar bahagian terbesar dan terakhir pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa

Gambar fail serpihan daripada pesawat AirAsia QZ8501 setelah ia ditarik keluar dari Laut Jawa ke kapal Onyx pada 10 Jan, 2015. (GAMBAR: AFP)

Diterbitkan : 28 Feb 2015 05:17PM Dikemas Kini : 28 Feb 2015 05:20PM

JAKARTA: Indonesia berjaya menarik keluar bahagian terbesar dan terakhir pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa Disember lalu membunuh kesemua 162 penumpang dan anak kapal.

Serpihan pesawat tersebut, yang terbesar dari pesawat itu, ditarik keluar dari laut semalam dan dipindahkan ke atas sebuah kapal.

Tiada mayat ditemui dalam operasi tersebut.

Pihak berkuasa menyatakan ia akan menetapkan tarikh akhir operasi mencari selepas satu mesyuarat bersama keluarga mangsa-mangsa diadakan minggu hadapan.

Sekitar 103 mayat ditemui sejak pesawat malang AirAsia itu terhempas semasa cuaca ribut dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. 

Sumber : AFP/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan