Images
  • ikan kekek mak iloi iloi
    (Petikan video: Facebook/Alexis Leonard)

Ikan salmon pun pandai lintas jalan raya...

WASHINGTON: Selain di pasar dan pinggan hidangan sashimi, di mana agaknya boleh anda temui ikan salmon yang segar-segar belaka?

Di Washington, jawapannya adalah di tengah-tengah jalan raya!

CNN melaporkan Cik Alexis Leonard dan bapanya pada Sabtu lalu (3 Nov) sedang dalam perjalanan menggunakan Lebuhraya 101 AS, Shelton, Washington, apabila mereka ternampak puluhan ikan salmon berenang melintasi sebahagian jalan raya yang dibanjiri air.

"Kami melihat seekor ikan 'memecut' ke seberang jalan," kata Cik Leonard yang merakamkan video kejadian itu dan memuatnaikkannya di laman Facebook, seperti ditukil CNN.

Setakat hari ini (10 Nov), video itu sudah ditonton lebih 10,000 kali.


Cik Leonard menerangkan, fenomena itu bukan sesuatu yang aneh di Washington.

Menurut CNN, wanita yang sudah tiga tahun bekerja di pusat penetasan telur ikan itu berkata bahawa ikan salmon di kawasan itu akan berpindah ke anak sungai semasa musim menetas. Apabila hujan lebat, paras air akan naik lantas membawa ikan-ikan itu ke merata tempat.

"Jika mereka bernasib baik, mereka dapat melintas ke anak sungai di seberang. Jika tidak, mereka akan terdampar," kata Cik Leonard.

Bagi beliau, ini mungkin fenomena yang biasa berlaku. Namun bagi mereka yang tidak pernah melihatnya, mungkin sahaja akan terfikir, "Ikan believe it (I can't believe it, atau 'Saya tidak percaya')!"

- Agensi berita/TQ/tq

Top