Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu tukar bilik dengan anak supaya suami dapat rogol anak kandung

Seorang wanita buka rahsia tentang bagaimana ibunya membenarkan bapa kandung beliau merogolnya selama enam tahun sejak beliau masih kecil lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu tukar bilik dengan anak supaya suami dapat rogol anak kandung

(Gambar hiasan: Merdeka.com/Shutterstock)

Diterbitkan : 16 Jul 2018 11:00PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 04:28PM

AUSTRALIA: Seorang wanita buka rahsia tentang bagaimana ibunya membenarkan bapa kandung beliau merogolnya selama enam tahun sejak beliau masih kecil lagi.

Sebagai seorang kanak-kanak pada lewat 1970-an dan awal 1980-an, mangsa mengalami penganiayaan seks dalam pelbagai bentuk, kata Hakim John Coker di Mahkamah Daerah Townsville.

Pendakwa polis Andrew Walklate mengesahkan ibu mangsa membiarkan si suami melakukan serangan seksual ke atas anaknya beratus-ratus kali.

Menurut Daily Mail, sepanjang tempoh itu, ibu mangsa malah pernah bersetuju untuk bertukar tempat tidur dengan mangsa untuk melayani nafsu buas suaminya.

"Selama seminggu, mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun bertukar tempat tidur dengan ibunya... untuk melakukan kegiatan seks," kata Encik Walklate kepada Daily Mail.

"Si ibu berpindah dari biliknya setiap malam selama seminggu supaya mangsa boleh tidur di bilik tersebut dan membolehkan suaminya untuk melakukan apa saja yang diinginkan.

"Dia akan berjalan lalu mangsa yang mengangkat bantalnya ketika bertukar bilik," tambah Encik Walklate.

MANGSA KECEWA IBU SUBAHAT

Ibunya menyedari akan hal itu sejak dahulu lagi dan pernah membincangkannya dengan mangsa dan tertuduh selama beberapa kali.

Mangsa pernah mendapatkan nasihat seorang doktor tetapi hanya diberitahu supaya tidak mengendahkan masalah itu - satu tindakan yang Hakim Coker sifatkan sebagai sangat 'keterlaluan'.

Mangsa, yang dengan berani membaca keterangannya di mahkamah, berkata tindakan ibunya yang bersubahat dengan tertuduh amat menyakitkan, lapor Daily Mail.

Penganiayaan seksual akhirnya berhenti selepas ibu mangsa mendapatkan bantuan daripada orang tuanya dan datuk mangsa campur tangan.

Encik Barrister Scott Geeves, yang mewakili ibu mangsa, berkata bahawa anak guamnya sangat menyesali perbuatannya.

Ibu mangsa, yang kini berusia 72 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan berkaitan sumbang mahram dan dakwaan membiarkan anaknya yang ketika itu berusia bawah 16 tahun dianiaya.

Encik Geeves berkata bahawa sebelum ini anak guamnya belum pernah dikenakan hukuman dan dihargai masyarakat.

Hakim turut menimbangkan usia dan rekod jenayah tertuduh ketika menjatuhi hukuman ke atasnya. Ibu mangsa dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan