Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu tidak dapat beraya, anak 25 tahun 'tertembak' dari belakang

Gara-gara anak tidak sengaja melepaskan tembakan menggunakan pistol bapanya, Cik Noor Aida Mat Yusoff kini tidak dapat 'beraya'.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu tidak dapat beraya, anak 25 tahun 'tertembak' dari belakang

Gambar hiasan. (Gambar: Scott Olson/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 17 Jun 2018 03:23PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 03:25PM

GUA MUSANG: Gara-gara anak tidak sengaja melepaskan tembakan menggunakan pistol bapanya, Cik Noor Aida Mat Yusoff kini tidak dapat 'beraya'.

Tembakan yang dilepaskan anaknya itu terkena bahagian bahunya sehingga beliau mengalami patah tulang bahu kanan. Insiden itu berlaku di bangunan penginapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang semalam (16 Jun).

Mangsa berusia 48 tahun itu mengerang kesakitan akibat rasa sakit di bahu kanannya, sebelum dipapah suaminya, seorang anggota berpangkat Sarjan, yang kebetulan berada bersama mereka. Cik Aida dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata kejadian itu berlaku pada jam 10.30 pagi ketika anak lelaki mangsa berusia 25 tahun menemui sepucuk pistol bapanya yang diletakkan di atas sebuah almari dekat ruang dapur rumah mereka.

Beliau berkata suspek menyangka pistol yang dijumpai itu adalah pistol mainan untuk menembak cicak dan secara tidak sengaja menarik picu pistol terus melepaskan tembakan yang terkena bahagian belakang ibunya.

"Selepas itu, ibunya mengadu sakit bahagian bahu kanan dan terkejut apabila mengetahui terkena peluru pistol yang dilepaskan anaknya itu," kata Supt Taufik.

Supt Taufik menambah, ketika dibawa ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan, doktor mendapati tulang bahu kanan mangsa patah dan terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut. Mangsa bagaimanapun dilaporkan sudah dalam keadaan stabil.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan