Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu disyaki bunuh bayi baru lahir di dapur restoran

Seorang pembantu rumah di Indonesia berusia 21 tahun disyaki membunuh bayinya di sebuah restoran, beberapa minit selepas melahirkannya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu disyaki bunuh bayi baru lahir di dapur restoran

Gambar fail tukul kayu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Jan 2018 10:58AM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 10:59AM

JAKARTA: Seorang pembantu rumah di Indonesia berusia 21 tahun disyaki membunuh bayinya di sebuah restoran, beberapa minit selepas melahirkannya.

Agensi berita tempatan Kompas.com melaporkan bahawa insiden itu berlaku Sabtu lalu (13 Jan) di dapur sebuah restoran di daerah Pondok Aren, di pinggir Jakarta.

Menurut pihak polis, wanita itu melahirkan anaknya di dapur.

Selepas melahirkan bayinya itu, dia kemudian mencapai pisau dan memotong tali pusat dan membunuh bayi itu menggunakan pisau yang sama, menurut laporan Kompas.com.

"Pesalah tersebut melakukan keganasan ke atas budak bawah umur, yang mengakibatkan kematian," kata jurucakap polis Jakarta Pesuruhjaya Kanan Argo Yuwono.

Encik Argo berkata wanita tersebut meletakkan mayat bayinya di dalam beg sebelum membuangnya di tong sampah.

Seorang saksi ternampak wanita tersebut mengalami pendarahan di dapur, menurut laporan media tempatan. Apabila dia dibawa ke hospital oleh pemilik restoran itu, doktor berkata bahawa dia baru saja bersalin dan perlu menjalani pembedahan.

Keesokan harinya, dia diberkas di hospital, lapor Kompas.com.

"Kami akan melakukan ujian DNA bagi mengesahkan bayi itu adalah anaknya," kata Encik Argo.  

Sumber : CNA/Agensi Berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan