Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Hujan duit' di kejiranan Hong Kong

Para penduduk di kawasan Sham Shui Po dikejutkan dengan 'hujan wang kertas' yang ditaburkan dari atas sebuah bangunan.

Anggaran Waktu Membaca:
'Hujan duit' di kejiranan Hong Kong

Taburan wang dari atas sebuah bangunan di Fuk Wa Street. (Gambar-gambar: Facebook)

Diterbitkan : 16 Dec 2018 08:42PM Dikemas Kini : 16 Dec 2018 08:45PM

HONG KONG: Para penduduk di kawasan Sham Shui Po dikejutkan dengan 'hujan wang kertas' yang ditaburkan dari atas sebuah bangunan.

Video-video yang dimuat naik ke platform-platform online menunjukkan ratusan wang kertas ditabur dari tingkat tinggi sementara orang ramai bersorak lalu mengutipnya.

Insiden berlaku pada petang Sabtu (15 Dis) di Fuk Wa Street, dan gambar-gambar menunjukkan orang ramai memegang wang kertas HK$100 (S$17).

Dalam satu video yang dimuat naik ke laman Facebook 'Epoch Cryptocurrency', seorang lelaki yang memakai jaket hitam sedang menyampaikan ucapan, sambil mengumumkan bahawa ia merupakan "hari istimewa FCC" dan satu acara penting akan berlangsung tidak lama lagi.

"Adakah sesiapa di sini percaya kalau duit boleh jatuh dari langit?" tanya beliau sebelum video kemudian menunjukkan duit mula bertaburan.

Satu catatan yang disertakan dengan video tersebut menunjukkan satu peraduan di mana para peserta boleh memenangi wang tunai dalam jumlah yang besar. Individu yang menulis catatan tersebut berkata beliau ingin menjadi "wira keadilan", dan beliau "merompak mereka yang kaya untuk membantu golongan miskin".

Menurut akhbar South China Morning Post, lelaki di sebalik catatan video tersebut dipercayai pemilik akaun 'Epoch Cryptocurrency', satu laman Facebook yang mempromosikan mata wang kripto. Nama sebenarnya ialah Wong Ching-kit, meskipun beliau dikenali sebagai 'Coin Young Master' di wadah online.

Beliau memasarkan produk-produk pelaburan dalam wawancara media di bawah nama-nama berbeza, dan memiliki sebuah syarikat bernama 'Coin's Group', menurut laporan yang menambah, polis sedang cuba mencari individu di sebalik aksi itu. 

Sumber : CNA/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan