Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hubungan diplomatik London-Mosko kian tegang susuli cubaan bunuh ejen risikan Rusia

Ketegangan diplomatik antara London dengan Mosko semakin buruk berkaitan percubaan membunuh seorang mantan ejen risikan Rusia di bahagian barat daya England, awal bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2018 07:28PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 10:50PM

SALISBURY: Ketegangan diplomatik antara London dengan Mosko semakin buruk berkaitan percubaan membunuh seorang mantan ejen risikan Rusia di bahagian barat daya England, awal bulan ini.

Kerajaan Britain akan mengadakan satu lagi mesyuarat tergempar bagi tindakan susulan selepas menuduh Rusia terbabit.

Sergei Skripal, 64 tahun, dan anak perempuannya masih dalam keadaan tenat di hospital setelah ditemui tidak sedarkan diri di sebuah bangku di luar sebuah pusat beli belah di Salisbury pada 4 hari bulan lalu.

Hasil siasatan menunjukkan mereka cuba dibunuh dengan menggunakan racun saraf Novichok yang amat berbahaya.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Perdana Menteri Britain, Theresa May memberitahu parlimen "besar kemungkinan" Mosko menjadi dalang percubaan membunuh itu.

Beliau memberi Rusia tempoh sehingga pagi esok untuk menjawab tuduhan tersebut.

Kenyataan PM May itu mencetuskan spekulasi bahawa Britain mungkin meminta sekutu-sekutunya supaya melakukan tindakan bersama terhadap Rusia.

Amerika Syarikat dan pakatan pertahanan Barat NATO menyokong kenyataan PM May itu yang menuding jari ke arah Mosko.

Rusia sudah menyangkal tuduhan Britain itu dan menyifatkannya sebagai "pertunjukan sarkas".

Mosko juga menuduh London cuba menggugat kepercayaan terhadap Rusia menjelang kejohanan bola sepak Piala Dunia di negara itu mulai 14 Jun ini. 

Sumber : Reuters/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan