Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hotel baru Jepun mesti mesra kerusi roda jelang Sukan Olimpik Tokyo 2020

Hotel-hotel baru di Jepun yang mempunyai lebih 50 bilik perlu menyediakan penginapan yang mesra kerusi roda, menurut pemerintah Jepun pada Selasa (16 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Hotel baru Jepun mesti mesra kerusi roda jelang Sukan Olimpik Tokyo 2020

(Gambar: Yoshikazu Tsuno/AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 05:21PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 05:25PM

TOKYO: Hotel-hotel baru di Jepun yang mempunyai lebih 50 bilik perlu menyediakan penginapan yang mesra kerusi roda, menurut pemerintah Jepun pada Selasa (16 Okt), sedang negara itu bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Jepun merancang untuk memikat sekitar 40 juta pelancong setiap tahun menjelang temasya sukan itu dan keprihatinan sudah disuarakan terhadap jumlah tempat penginapan dan kemudahan yang disediakan untuk para pelancong kurang upaya.

Di bawah undang-undang yang disemak semula, yang dijangka dikuatkuasakan pada 1 September tahun depan, sekurang-kurangnya satu peratus bilik yang disediakan oleh hotel-hotel baru dan diubah suai atau jenis penginapan tradisional mesti bebas hadangan untuk para pelanggan berkerusi roda.

"Menerusi usaha-usaha untuk memperbaiki perjalanan dan penginapan untuk para individu kurang upaya, kami berharap akan dapat membantu menjayakan Sukan tersebut dan mewujudkan sebuah masyarakat" di mana para individu yang kurang upaya dan masyarakat secara amnya dapat hidup bersama, menurut Menteri Olimpik Yoshitaka Sakurada kepada para wartawan pada Selasa (16 Okt).

Menurut satu tinjauan pemerintah yang dijalankan tahun lalu, hanya 0.4 peratus daripada 100,000 bilik yang disediakan oleh lebih 600 hotel atau rumah penginapan "bebas hadangan". 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan