Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hishammuddin dijadual hadiri mesyuarat tergempar OIC

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dijadual menghadiri mesyuarat tergempar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Arab Saudi esok (21 Jan) bagi membincangkan isu serangan Yaman ke atas negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hishammuddin dijadual hadiri mesyuarat tergempar OIC

(Gambar: Lim Huey Teng/ Malaysiakini).

Diterbitkan : 20 Jan 2018 02:17PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 02:23PM

SUNGAI PETANI: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dijadual menghadiri mesyuarat tergempar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Arab Saudi esok (21 Jan) bagi membincangkan isu serangan Yaman ke atas negara itu.

Beliau berkata mesyuarat yang dihadiri semua negara anggota OIC itu bakal diadakan di Jeddah.

“Pendirian kita jelas, kita akan bersama Arab Saudi dalam mempertahankan Kota Suci Makkah dan Madinah,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan jentera Barisan Nasional Kedah yang turut dihadiri Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Encik Hishammuddin berkata beliau juga akan menghadiri mesyuarat sama di Riyadh, Arab Saudi Isnin depan (22 Jan) bagi membincangkan masa depan Yaman dari segi bantuan kemanusiaan ataupun membaik pulih negara itu.

"Mengenai kedudukan Yaman, kita bukan akan menghantar tentera pergi berperang di sana tetapi mungkin (membantu) dari segi bantuan kemanusiaan dan usaha baik pulih negara itu.

“Jadi, saya harap tiada pihak akan memutarbelitkan cerita mengenai kehadiran saya di mesyuarat tergempar itu nanti kerana saya sudahpun jawab pendirian Malaysia sebelum ini," kata Encik Hishammuddin yang juga naib presiden Umno.

Bermula Julai tahun lalu, berlaku beberapa siri serangan ke atas Arab Saudi oleh puak pemberontak Yaman dengan serangan terbaru pada bulan lalu di mana pasukan pertahanan udara Arab Saudi memintas peluru berpandu balistik yang dibedil ke arah Riyadh.

Malaysia sebelum ini menyatakan pendirian akan bekerjasama dengan Arab Saudi bagi mempertahankan kesucian dan kestabilan Makkah dan Madinah daripada serangan pengganas.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan