Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Helikopter terhempas, 5 maut di New York

Lima orang mati dalam satu kemalangan di mana sebuah helikopter terhempas dekat Pulau Roosevelt.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Mar 2018 07:29PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 12:14AM

NEW YORK: Lima orang mati dalam satu kemalangan di mana sebuah helikopter terhempas dekat Pulau Roosevelt.

Nahas berlaku semasa helikopter ini sedang terbang di East River.

Para pegawai berkata helikopter tersebut membawa enam orang dan hanya juruterbangnya yang terselamat. Punca kemalangan masih disiasat.

Pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan para penumpang yang terperangkap. Dua di antaranya disahkan mati di tempat kejadian manakala tiga lagi dalam keadaan kritikal ketika usaha menyelamat sedang dijalankan.

Namun menurut laporan media tempatan, helikopter syarikat pelancongan Liberty itu menghantarkan isyarat kecemasan berhubung masalah pada enjinnya sejurus sebelum ia terhempas. 

Sumber : AFP/UR/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan