Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Harga telur ayam M'sia naik atas beberapa faktor

Kenaikan harga telur ayam yang berlaku di Malaysia sejak kebelakangan ini disebabkan kekurangan bekalan bahan mentah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Dec 2018 02:31PM Dikemas Kini : 16 Dec 2018 09:38PM

IPOH: Kenaikan harga telur ayam yang berlaku di Malaysia sejak kebelakangan ini disebabkan kekurangan bekalan bahan mentah itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata antara faktor kekurangan bekalan telur ayam adalah lebihan eksport ke luar negara.

"Selain itu, antara faktor (kekurangan telur ayam) adalah penyakit yang melanda industri ayam iaitu selesema burung sehingga menyebabkan 'shortage of supply' (kekurangan bekalan).

"Pihak kementerian juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi jawatankuasa bersama yang ditubuhkan sebelum ini bagi menangani masalah kenaikan harga telur ayam," katanya.

Sehubungan itu, Encik Salahuddin berkata pihaknya memberi jaminan akan mengatasi masalah kekurangan bekalan telur ayam dalam tempoh terdekat.

Beliau diminta mengulas berhubung trend perubahan purata harga telur ayam sejak pertengahan bulan lalu sehingga kini yang didapati mengalami kenaikan secara konsisten pada setiap minggu di pasaran domestik. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan