Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir separuh mangsa banjir di Kelantan dibenar pulang ke rumah

Keadaan banjir di Kelantan semakin reda dengan hampir separuh mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah, berikutan keadaan cuaca cerah dan tidak hujan sejak lima hari lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir separuh mangsa banjir di Kelantan dibenar pulang ke rumah

Seorang penduduk Kelantan berehat di sebuah khemah yang dipasang di bawah sebuah jejambat, setelah rumahnya di Kota Bharu dibanjiri air bah. (Gambar: AFP/ MOHD RASFAN)

Diterbitkan : 02 Jan 2015 08:41AM Dikemas Kini : 02 Jan 2015 08:50AM

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan semakin reda dengan hampir separuh mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah, berikutan keadaan cuaca cerah dan tidak hujan sejak lima hari lepas.

Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan menyatakan kemusnahan prasarana dan aset awam akibat banjir di negeri itu dianggarkan lebih 200 juta ringgit ($75 juta).

Sehingga petang semalam, kira-kira 42,000 mangsa banjir masih berada di pusat-pusat pemindahan di Kelantan berbanding lebih 81,000 orang sebelum ini. Sekitar 60,000 mangsa banjir sudah dibenarkan pulang.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keadaan cuaca yang baik itu memudahkan penghantaran bantuan makanan dan keperluan lain kepada mangsa menggunakan jalan darat.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha mencari jalan terbaik menyediakan rumah kepada mangsa yang kehilangan rumah atau rosak teruk akibat banjir dengan secepat mungkin, kerana sekolah yang menjadi pusat pemindahan akan digunakan pada sesi persekolahan baharu pada 11 Januari ini.

Bagaimanapun, bekalan elektrik dan air di Kelantan masih belum pulih sepenuhnya, dan ini menyukarkan lagi usaha para penduduk yang ingin membersihkan rumah masing-masing.

Seperti Kelantan, keadaan banjir di Terengganu dan Pahang juga kian reda.

Jumlah mangsa banjir di Pahang yang masih berada di pusat pemindahan sekitar 45,000 orang manakala di Terengganu pula, lebih 8,500 orang.

Bagaimanapun bilangan penduduk terjejas banjir di Perak terus meningka, manakala di Johor, bilangan mangsa banjir tidak berubah.

Pihak berkuasa telah memindahkan hampir 200,000 penduduk dari kampung-kampung dan bandar-bandar di tujuh buah negeri di Malaysia menyusuli hujan lebat yang mengakibatkan banjir paling buruk dalam sejarah negara itu. 

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan