Images
  • KWSP
    Gambar: Facebook

Hampir 40% bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Petaling Jaya dijilat api

PETALING JAYA: Kebakaran sekitar tengah hari tadi (13 Feb) memusnahkan hampir 40 peratus bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Petaling Jaya, Selangor.

Pasukan bomba dapat memadamkan kebakaran di bangunan enam tingkat itu dalam masa 30 minit dan kesemua 520 pekerjanya berjaya menyelamatkan diri.

Seorang pekerja KWSP mendakwa mendengar bunyi letupan kuat dari bahagian luar bangunan sebelum kebakaran berlaku.

Hasil siasatan awal menunjukkan bahawa pasukan bomba percaya kebakaran berkenaan berpunca daripada bahan pelapis atau "cladding" bangunan yang mudah terbakar.

Menyusuli kebakaran itu pihak KWSP memberi jaminan kepada para pencarum bahawa integriti maklumat dan simpanan mereka tidak terjejas.

- BERNAMA/MA/sm

Top