Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guru agama 22 tahun didakwa lakukan seksual fizikal, persetubuhan luar tabii terhadap remaja lelaki

Seorang guru agama di sebuah Maahad Tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini (19 Jul) atas tiga pertuduhan melakukan seksual fizikal dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, di sekolah Tahfiz itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru agama 22 tahun didakwa lakukan seksual fizikal, persetubuhan luar tabii terhadap remaja lelaki

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 05:06PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 05:08PM

KUALA LUMPUR: Seorang guru agama di sebuah Maahad Tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini (19 Jul) atas tiga pertuduhan melakukan seksual fizikal dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, di sekolah Tahfiz itu.

Mohamad Ajmal Mohamed Khairi, 22 tahun tidak mengaku bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa sebagai seorang yang diberikan amanah iaitu guru kepada pelajar itu telah melakukan sentuhan seksual fizikal ke atas remaja lelaki itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang masih bujang itu didakwa telah membuatkan remaja lelaki itu menyentuh kemaluan tertuduh mengikut Seksyen 14(b) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16, akta serupa yang memperuntukkan hukuman sama.

Mohamad Ajmal juga dituduh dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa sama mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Ketiga-ketiga kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah Maahad Tahfiz di sini antara 10.30 malam dan 12.30 tengah malam antara, 8 April 2018 dan 8 Jun lalu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie tidak membenarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dengan alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Donny Abdullah memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan tertuduh memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh 10 hari ditahan reman.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 (S$5,397) dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan dan mangsa.

Mahkamah menetapkan 28 Ogos untuk sebutan semula kes.

Sumber : Bernama/KN/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan