Images
  • merapi
    Gambar: Sutopo_PN/Twitter

Gunung Agung kembali meletus selepas 'rehat' beberapa minggu

JAKARTA: Gunung Agung di Bali kembali meletus hari ini (13 Feb)selepas beberapa minggu 'berehat'.

Letusan terakhir berlaku pada 2 Januari lepas.

Menurut Badan Pengurusan Bencana Indonesia, letusan terbaru itu berlaku 11.49 pagi tadi, waktu tempatan, mengeluarkan asap tebal dan debu setinggi 1,500 meter.


Status keselamatan Gunung Agung masih di Tahap III (Siaga) selepas diturunkan dari Tahap IV (Awas) pada Sabtu lepas.

Pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan arahan supaya orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 4km dari kawah gunung itu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali bagaimanapun dilaporkan beroperasi seperti biasa. Ia ditutup untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut pada November lalu akibat abu tebal ekoran peningkatan aktiviti Gunung Agung. 

- CNA/SU/sm

Top