Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guan Eng akan pertahan kerusi Air Putih

Walaupun sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng akan mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Air Putih pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Anggaran Waktu Membaca:
Guan Eng akan pertahan kerusi Air Putih

Gambar: Lim Guan Eng/Facebook

Diterbitkan : 19 Apr 2018 11:00PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 11:05PM

GEORGE TOWN: Walaupun sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng akan mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Air Putih pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketika membuat pengumuman berkaitan kerusi Parlimen Bukit  Bendera dan tiga kerusi DUN pada Khamis (19 Apr), pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata anggota majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang Chris Lee Chun Kit, 36, akan menggantikan penyandang kerusi DUN Pulau Tikus Yap Soo Huey sebagai calon bagi kerusi itu.

Katanya penyandang kerusi Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, 36, akan bertanding bagi kerusi DUN Tanjung Bungah, manakala kerusi Parlimen itu akan ditandingi Wong Hon Wai, 45, yang merupakan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada PRU13.

"Inilah calon yang dipilih parti bagi PRU14 untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Bendera dan tiga kerusi DUN di kawsaan itu," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman itu.

Kerusi Parlimen Bukit  Bendera mengandungi empat kerusi DUN iaitu Tanjung Bungah, Air Putih, Kebun Bungah dan Pulau Tikus, tetapi kerusi DUN Kebun Bungah ditandingi calon PKR, yang memenangi kerusi itu melalui Cheah Kah Peng pada pilihan raya umum lepas.

Encik Zairil,  yang juga naib pengerusi DAP Pulau Pinang, memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera  pada pilihan raya umum lepas dalam pertandingan menentang calon Barisan Nasional (BN) Teh Leong Meng dengan meraih majoriti 32,778 undi.

Pada PRU13, penyandang kerusi DUNTanjung Bungah Teh Yee Cheu menang kerusi itu dengan majoriti 5,515 undi ketika menentang calon BN Datuk Seri Chia Kwang Chye dan calon Bebas Beh Seong Leng.

Bagi kerusi DUN Air Putih, Encik Lim, yang menyandangnya selamadua penggal, menang 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan