Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ghouta Timur kini bebas dari pihak militan

Tentera Syria menyatakan seluruh wilayah Ghouta Timur sudah bebas sepenuhnya daripada penguasaan pihak militan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Apr 2018 06:13PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 09:10PM

SYRIA: Tentera Syria menyatakan seluruh wilayah Ghouta Timur sudah bebas sepenuhnya daripada penguasaan pihak militan.

Pengumuman itu dibuat selepas kumpulan terakhir pemberontak Jaish al-Islam yang menguasai wilayah itu mula meninggalkan bandar Douma tidak lama setelah dakwaan berlaku serangan kimia pada 7 April lalu.

Bas-bas yang membawa anggota-anggota pemberontak itu serta keluarga mereka dan sejumlah orang awam, meninggalkan Douma secara berperingkat sepanjang beberapa hari lalu.

Mereka dibawa ke kawasan-kawasan utara Syria yang dikuasai pihak pemberontak. Operasi tentera Syria untuk menguasai Ghouta Timur bermula pada Februari lalu dengan dibantu tentera Rusia.

Wilayah itu merupakan kubu utama terakhir pihak pemberontak berhampiran ibu kota Damsyik. 

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan