Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa-tsunami Indonesia: Angka korban melonjak kepada 384

 Angka korban akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda Indonesia melonjak kepada 384, menurut agensi bencana pada Sabtu (20 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Sep 2018 04:24PM Dikemas Kini : 29 Sep 2018 10:37PM

MAKASSAR: Angka korban akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda Indonesia melonjak kepada 384, menurut agensi bencana pada Sabtu (20 Sep), sedang hospital-hospital menghadapi kesulitan merawat beratus-ratus mangsa yang cedera, sedang para penyelamat bergegas ke tempat bencana.

Menurut agensi tersebut, setakat ini semua kematian dilaporkan di Palu, sehari selepas ombak setinggi 1.5 meter membadai bandar di bahagian tengah pulau Sulawesi yang didiami 350,000 penduduk.

Awal hari ini, agensi bencana Indonesia meletakkan angka korban sebanyak 48 mangsa, berdasarkan laporan daripada pusat-pusat perubatan di Palu, namun memberi amaran angka itu mungkin meningkat.

Di bandar itu, mayat-mayat dilihat terbujur di tepi pantai.

Hospital-hospital dibanjiri mangsa yang cedera sehinggakan ramai diberi rawatan di ruang terbuka di luar hospital, manakala mereka yang terselamat pula membantu mencari mereka yang terkorban.

Seorang lelaki dilihat membawa mayat kanak-kanak kecil.

Tsunami yang melanda disebabkan oleh gempa bumi kuat yang memusnahkan bangunan-bangunan dan menyebabkan ramai orang melarikan diri ke tempat-tempat lebih selamat sedang ombak besar melanda Palu. Bekalan elektrik turut terputus di merata kawasan itu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan