Gempa sekuat 6.0 Richter gegar selatan Myanmar
Gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter melanda daerah Bago di Myanmar pada pagi Jumaat (12 Jan), lapor agensi berita Xinhua, memetik Jabatan Meteorologi dan Hidrologi.
YANGON: Gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter melanda daerah Bago di Myanmar pada pagi Jumaat (12 Jan), lapor agensi berita Xinhua, memetik Jabatan Meteorologi dan Hidrologi.
Gempa berlaku pada pukul 12.56 pagi waktu tempatan dan pusat gempa adalah 27.3 kilometer di barat daya bandar Phyu.
Dua gempa susulan berukuran 5.3 pada skala Richter turut berlaku dalam tempoh beberapa minit kemudian, menurut kenyataan Jawatankuasa Gempa Bumi Myanmar.
Gegaran turut dirasakan di seluruh negara termasuk Yangon, Taungoo, Phyu, Pyi dan Nay Pyi Taw, kata pegawai jabatan itu kepada Xinhua.
Tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa setakat ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.