Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa Lombok: Angka rasmi korban meningkat kepada 319

Pemerintah Indonesia menegaskan kesungguhannya untuk bertindak cepat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Aug 2018 09:54AM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 09:50PM

LOMBOK: Pemerintah Indonesia menegaskan kesungguhannya untuk bertindak cepat.

Harapan untuk mencari mangsa-mangsa yang masih hidup semakin pudar lima hari selepas gempa sekuat 6.9 pada skala Richter melanda pulau Lombok pada Ahad (5 Ogos).

Menteri Penyelaras bagi ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto berkata angka rasmi kematian meningkat kepada 319 orang.

Beliau membuat komen itu bagi memperjelas laporan-laporan bercanggah yang meletakkan angka korban setinggi 381 orang.

Menurut agensi bencana kebangsaan, sejauh ini 270,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka dengan sekitar seribu orang mengalami kecederaan teruk.

Sementara itu, Lombok mengalami lebih 350 gegaran susulan sejak gempa pada Ahad, termasuk satu gegaran 5.9 pada skala Richter pada Khamis (9 Ogos) yang mencetuskan rasa cemas di kalangan penduduk tempatan, kanak-kanak dan pelancong. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan