Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa Lombok: Angka korban naik kepada 460

Kerosakan tersebut termasuk sebuah hospital dan 11 klinik kesihatan, 20 bangunan pejabat dan enam jambatan yang roboh, tambah beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa Lombok: Angka korban naik kepada 460

(Gambar: Adek Berry/ AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 04:51PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 04:54PM

JAKARTA: Angka korban akibat gempa bumi di pulau Lombok, Indonesia meningkat kepada 460 mangsa, menurut seorang pegawai agensi pengurusan bencana nasional pada hari Khamis (16 Ogos).

Seramai 7,773 orang mengalami kecederaan akibat gempa bumi yang menimpakan kerosakan ke atas sebanyak 71,962 rumah, 671 kemudahan pendidikan, 52 infrastruktur kesihatan. Ini menurut Encik Sutopo Purwo Nugroho.

Kerosakan tersebut termasuk sebuah hospital dan 11 klinik kesihatan, 20 bangunan pejabat dan enam jambatan yang roboh, tambah beliau.

Menurut Encik Sutopo, beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan di beberapa lokasi selepas berlakunya gempa yang mengakibatkan kerugian bernilai AS$509.6 juta (S$702 juta).

Pada 5 Ogos, gempa berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Pulau Lombok, seminggu selepas gempa bumi 6.4 pada skala Richter melanda pulau peranginan itu.

Sejak itu, ratusan gempa susulan dilaporkan.

Indonesia sering dilanda gempa kerana ia terletak di Lingkaran Api Pasifik.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan