Gempa 7.2 Richter gegarkan utara timur laut Lombok; gempa kedua dalam masa sehari
Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda kawasan laut yang terletak sekitar 124 kilometer dari bahagian utara timur laut pulau peranginan Lombok, Indonesia pada Ahad (19 Ogos) pada kedalaman 1 kilometer, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
INDONESIA: Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda kawasan laut, yang terletak sekitar 124 kilometer dari bahagian utara timur laut pulau peranginan Lombok, Indonesia pada Ahad (19 Ogos) pada kedalaman 1 kilometer, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
Pada awal Ahad (19 Ogos), Lombok digegarkan gempa berukuran 6.3 pada skala Richter, di kawasan yang sama di mana satu lagi gempa bumi melanda pulau itu pada awal bulan ini, meragut nyawa lebih 430 orang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.