Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Gembira Anwar bebas, tapi jangan lupa isu Shafee Abdullah' kata Pemimpin AMANAH

Di sebalik berita 'gembira' pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat lagi isu lain yang perlu diselesaikan, kata pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin.

Anggaran Waktu Membaca:
'Gembira Anwar bebas, tapi jangan lupa isu Shafee Abdullah' kata Pemimpin AMANAH

Encik Mohamed Hanipa Maidin. (Gambar: @hanipamaidin/twitter)

Diterbitkan : 16 May 2018 02:33PM Dikemas Kini : 16 May 2018 02:43PM

KUALA LUMPUR: Di sebalik berita 'gembira' pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat lagi isu lain yang perlu diselesaikan, kata pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin.

Perkara itu, katanya, berkaitan dengan dakwaan Tan Sri Shafee Abdullah, pendakwa utama dalam kes Liwat II, yang didakwa menerima RM9.5 juta (S$3.2 juta) daripada mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Perlu juga disiasat dakwaan Sarawak Report pembayaran RM 9.5 juta kepada Tan Sri Shafee dari dana yang ada kaitan dengan 1MDB!

Hari ini kita amat gembira dan bersyukur DSAI telah mendapat pengampunan dan telah dibebaskan. Namun ada lagi isu yang perlu rakyat tahu cerita sebenar,” katanya.

Tan Sri Shafie dilantik mengetuai pasukan pendakwaan pada 22 Julai 2013 untuk mengendalikan kes itu di Mahkamah Rayuan walaupun kebiasaannya kerajaan akan menggunakan pendakwa awam.

Pada 2014, kerajaan pimpinan BN ketika itu memberitahu parlimen bahawa Shafee hanya dibayar RM1,000 (S$338) bagi tugas itu.

Datuk Seri Anwar juga memfailkan saman pemula untuk mengetepikan sabitan kes liwatnya berdasarkan dakwaan Sarawak Report, tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.

Menulis di Facebook, Encik Hanipa berkata beliau percaya kerajaan baru akan mengarahkan siasatan terperinci mengenai dakwaan pembayaran itu.

Katanya, penyiasatan itu telah pun dituntut oleh Majlis Peguam, dibangkitkan di parlimen dan dilaporkan pada pihak polis tetapi hasilnya tidak jelas.

“Kami, Pakatan Harapan, tidak mahu membuat sebarang spekulasi,” katanya.

“Namun mengambil kira tuduhan yang amat serius itu dan keperluan untuk rakyat ketahui cerita sebenar, maka amat wajar kerajaan Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab agar satu siasatan yang rapi, telus dan terperinci dilakukan bagi memastikan kebenaran dakwaan serius itu.

“Allah lebih tahu,” katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan