Images
  • fat baby
    (Gambar: PEDRO PARDO/AFP)

Gaya hidup ibu pengaruhi risiko anak berlebihan berat badan

BOSTON: Bagi para ibu yang ingin menghindarkan anak mereka daripada risiko berlebihan berat badan atau obesiti, cara terbaik ialah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Satu kajian baru mendapati ibu yang menjalani gaya hidup sihat boleh mengurangkan risiko anak mereka membesar dengan berat badan berlebihan.

"Mengamalkan gaya hidup sihat bukan hanya membantu membaiki kesihatan golongan dewasa dan mengurangkan risiko mereka mennghidap penyakit-penyakit kronik malah boleh mempengaruhi anak mereka," kata Dr Qi Sun dari Sekolah Kesihatan Awam T H Chan, Harvard.

Golongan ibu mempunyai pengaruh kuat terhadap pilihan gaya hidup anak-anak mereka, tetapi tidak diketahui sama ada corak gaya hidup sihat mereka mempengaruhi anak-anak mengalami berat badan berlebihan.

Kajian itu memberi tumpuan kepada lima kebiasaan sihat - pemakanan sihat. kegiatan jasmani, indeks jisim yang sihat, tidak merokok dan minum arak. Risiko kegemukan berlebihan di kalangan anak wanita yang mengamalkan lima kebiasaan sihat itu berkurangan. Contohnya bagi ibu yang mengamalkan tiga kegiatan itu, kemungkinan mempunyai anak dengan kegemukan berlebihan didapati 23 peratus lebih rendah.

Kesimpulannya, jika seorang ibu berusaha menjalani gaya hidup sihat, itu boleh memberi manfaat kepada kesihatan dirinya dan juga anaknya.

Namun, ini tidak seharusnya bermakna anak mereka juga akan mengamalkan gaya hidup sihat.

Bagaimanapun, jika ini berlaku, risiko anak wanita yang mengamalkan gaya hidup mempunyai berat badan berlebihan ialah 82 peratus lebih rendah berbanding ibu dan anak yang mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi.

"Kaum ibu dan ibu bapa secara umum harus cuba membaiki gaya hidup mereka dari awal lagi bagi memastikan kesihatan mereka dan generasi selanjutnya," tambah Dr Qi. 

- Reuters/HS/hs

Top