Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara rambut terlalu pendek, pelajar diasingkan dari kelas!

Lisa Humphrey berkata anaknya, Harry yang berusia 13 tahun, didenda Akademi Havelock di Grimsby selepas para guru mendapati rambut anaknya terlalu pendek.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara rambut terlalu pendek, pelajar diasingkan dari kelas!

Guntingan rambut yang dianggap terlalu pendek bagi sesebuah sekolah. (Gambar: Laman BPM)

Diterbitkan : 11 Sep 2017 10:44PM Dikemas Kini : 11 Sep 2017 10:51PM

GRIMSBY, ENGLAND: Sebuah sekolah dituduh terlalu tegas dengan peraturan rambut pelajar menurut dua orang ibu.

Ini kerana anak mereka baru saja didenda gara-gara rambut.

Lisa Humphrey berkata anaknya, Harry yang berusia 13 tahun, didenda Akademi Havelock di Grimsby selepas para guru mendapati rambut anaknya terlalu pendek.

Danielle Baker, ibu kepada Jack seorang pelajar menengah satu, mendedahkan anaknya dikenakan hukuman yang sama pada hari pertama beliau di sekolah menengah itu, menurut agensi Metro.

Lisa, 41 tahun, memberitahu bahawa beliau akan menyuruh anaknya yang berada di menengah tiga di rumah selama empat minggu sehingga rambutnya tumbuh panjang, melainkan sekolah berkenaan itu mengubah kedudukan ia terhadap peraturan berkenaan.

Lisa ditukil Metro sebagai berkata: “Mereka menyatakan anak saya akan diasingkan sehingga rambutnya tumbuh panjang tetapi akan digunting dengan cara yang sama. Beliau rasa sangat malu.”

Harry menambah: “Saya terasa amat malu. Saya juga ada rasa sedikit marah dengan cara sekolah menangani perkara ini. Saya rasa ia terlalu tegas.”

Danielle yang berusia 33 tahun pula membawa Jack ke sebuah kedai rambut supaya anakanya dapat ke sekolah.

Beliau berkata kepada Metro: “Saya memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan mengasingkan anak saya dan saya akan membawa Jack ke kedai gunting rambut.

“Yang peliknya, Jack kini boleh menyertai kelas seperti biasa meskipun rambutnya sekarang jauh lebih pendek.”

Dasar seragam sekolah itu menyatakan para pelajar tidak boleh menggayakan rambut yang lebih pendek daripada ‘gred dua’.

“Kami mempunyai budaya harapan yang tinggi dan tiada alasan dan juga memiliki dasar seragam dan tingkah laku yang jelas untuk dipatuhi semua pelajar kami.

“Ia tidak berkompromi dan dimaklumkan kepada semua pelajar dan juga ibu bapa mereka. Kami juga memaklumkan perkara ini dengan sangat jelas kepada para pelajar baru dan ibu bapa mereka.

“Kami bangga dengan prestasi akademik pelajar kami dan ini dicerminkan dengan bagaimana kami mengharapkan para pelajar berpakaian dan tingkah laku mereka di sekolah kami,” kata pengetua sekolah itu Wendy Jackson kepada Metro. 

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan