Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Firefly minta bantuan Putrajaya dapatkan semula ruang pendaratan Changi

Firefly Airlines sedang cuba meminta campur tangan Putrajaya untuk mendapatkan semula ruang pendaratan penerbangan itu di Lapangan Terbang Changi Singapura, sedang pertikaian ruang udara antara kedua-dua pemerintah dibimbangi bertambah serius.

Anggaran Waktu Membaca:
Firefly minta bantuan Putrajaya dapatkan semula ruang pendaratan Changi

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 07 Dec 2018 02:06PM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 02:09PM

KUALA LUMPUR: Firefly Airlines sedang cuba meminta campur tangan Putrajaya untuk mendapatkan semula ruang pendaratan penerbangan itu di Lapangan Terbang Changi Singapura, sedang pertikaian ruang udara antara kedua-dua pemerintah dibimbangi bertambah serius.

Anak syarikat penerbangan jarak dekat yang dimiliki oleh syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines itu mengalami kerugian besar akibat penggantungan penerbangannya ke Singapura dari 1 Dis, setelah ia gagal untuk mendapat kelulusan penerbangan untuk mendarat di Lapangan Terbang Seletar.

Pada masa yang sama, syarikat penerbangan itu diberitahu bahawa ruang pendaratannya di Lapangan Terbang Changi, bagi perjalanan dari Subang Jaya, Kuantan dan Ipoh sebelum ini sudah diperuntukkan kepada syarikat penerbangan lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Firely Airline, Ignatius Ong berkata bahawa syarikat itu membuat rayuan kepada Putrajaya untuk campur tangan dan cuba mendapatkan semula hak-hak pendaratan Changi sehingga isu dengan Seletar diselesaikan.

"Kami menggesa kerajaan Malaysia untuk membantu, kerana ia (peringkat pemerintah-ke-pemerintah) sekarang," menurut Encik Ong kepada The Malaysian Insight.

Beliau enggan mendedahkan sama ada Putrajaya sudah memberi respons kepada rayuan syarikat penerbangan itu.

Firefly bakal menjadi syarikat penerbangan komersil pertama untuk memulakan operasi pada 1 Dis di terminal Seletar yang baru, yang diperuntukkan untuk pesawat turboprop dan boleh menampung seramai 700,000 penumpang setiap tahun.

Firefly merupakan satu-satunya penerbangan yang mengendalikan pesawat turboprop antara Lapangan Terbang Changi dengan Subang, Ipoh dan Kuantan. Syarikat penerbangan itu mengendalikan sebanyak 20 penerbangan sehari ke Changi.

Encik Ong berkata bahawa hampir 13,000 penumpang terjejas akibat penggantungan itu, dengan sekitar separuh daripadanya menerima tawaran Firefly untuk bertukar ke penerbangan Malaysia Airlines, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ke Singapura.

Penumpang yang lain menerima kembali wang mereka.

Encik Ong enggan mendedahkan kos bayaran balik itu, tetapi berkata bahawa hampir semua tiket bagi penerbangan-penerbangan dari Ipoh dan Kuantan ke Changi dibayar balik kerana Malaysia Airlines tidak melakukan penerbangan ke tempat-tempat tersebut.

Penangguhan yang belum jelas ke atas hak-hak pendaratan Firefly di Seletar disebabkan oleh bantahan Malaysia terhadap prosedur penerbangan baru yang disarankan untuk lapangan terbang tersebut, iaitu penyiaran Tatacara Sistem Instrumen (ILS).

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan