Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

FBI sahkan ia sedang siasat dakwaan Rusia masuk campur pilihan raya AS

Pengarah Biro Siasatan Federal Amerika Syarikat (FBI), James Comey hari ini (20 Mac) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat kemungkinan pemerintah Rusia masuk campur dalam pilihan raya Amerika Syarikat 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
FBI sahkan ia sedang siasat dakwaan Rusia masuk campur pilihan raya AS

Presiden Donald Trump. (Gambar: REUTERS/Joshua Roberts)

Diterbitkan : 20 Mar 2017 11:19PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 11:21PM

WASHINGTON: Pengarah Biro Siasatan Federal Amerika Syarikat (FBI), James Comey hari ini (20 Mac) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat kemungkinan pemerintah Rusia masuk campur dalam pilihan raya Amerika Syarikat 2016.

Siasatan agensi itu termasuk sebarang kaitan antara kempen Presiden Donald Trump dengan Moscow.

Encik Comey memberitahu satu sesi kongres tentang kegiatan Rusia bahawa siasatan itu "termasuk menyiasat sebarang kaitan antara individu-individu yang ada kaitan dengan kempen Trump dan pemerintah Rusia dan sama ada terdapat sebarang penyelarasan antara kempen itu dengan usaha-usaha Rusia."

"Oleh kerana ia siasatan terbuka yang sedang dijalankan dan dirahsiakan, saya tidak boleh mengulas lanjut apa yang kami sedang lakukan dan tatalaku siapa yang sedang diperiksa kami," kata Encik Comey.

Sumber : Reuters/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan